

Setelah beberapa lama berada didalam retikulum dan apabila campuran makanan tadi menjadi bendalir, retikulum akan mengecut dan ini akan menggerakan campuran makanan tersebut (berserta dengan bekteria) ke bahagian omasum iaitu bahagian ketiga perut. Omasum juga dipangil perut kitab, mengandungai
Kesimpulananya pada haiwan ruminan terdapat dua jenis pencera

PEMILIHAN BAKA
Terdapat beberapa baka lembu yang berpotensi untuk diternak bagi tujuan pengeluaran daging. Baka-baka tersebut ialah lembu Kacukan Brahman, Droughtmaster, Kacukan Kedah Kelantan (KK), ‘Yellow Cattle’ dan Bali.
Aktiviti utama memilih baka lembu untuk diternak adalah merupakan aktiviti penting bagi penternakan kerana hanya baka yang berkualiti akan menghasilkan anak lembu yang bermutu. Bahagian ini memberi panduan bagaimana untuk memilih baka jantan dan betina yang baik khususnya dari segi fizikal dan kesihatan. Pemilihan dibuat apabila terdapat urusan perolehan baka lembu.
PEROLEHAN LEMBU
Baka lembu jantan dan betina yang ditetapkan boleh diperolehi darip
KRITERIA PEMILIHAN FIZIKAL
• PEJANTAN
Perkara asas semasa pemilihan lembu pejantan contohnya Baka Brahman Tulen adalah:
i. Berumur purata 36 bulan;
ii. Berat badan tidak kurang purata 350 kilogram;
iii. Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
iv. Mempunyai organ pembiakan dan berfungsi dengan baik untuk pembiakan;
v. Berbagai warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada yang hitam. Bagaimanapun kebanyakan lembu berwarna kelabu cerah atau sederhana kelabu. Lembu jantan selalunya gelap dari lembu betina biasanya mempunyai tompok hitam di atas bahu atau bawah kaki;
vi. Mempunyai bonggol yang besar di bahagian atas bahu dan tengkuk; “processes” bergulung yang terletak di bawah bonggol dan memanjang & mempunyai tisu yang tegap yang menutupinya;
vii. Biasanya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang ke belakang, mem
punyai telinga yang besar dan berjuntai, bahagian tengkuk mempunyai kulit yang menggelambir, mengeluarkan minyak yang berbau busuk dan boleh membantu menghalau serangga;
viii. Bahagian bahunya tegap menampakkan wujudnya otot yang kuat, dengan bahagian dadanya yang melebar;
ix. Mempunyai dua buah zakar dengan saiz yang sederhana, terletak dengan baik di dalam satu kandul. Kedudukan testis dan organ pembiakan dalam 45°;
x. Disertakan Sijil Pedigree dengan nombor tag dan tatoo di telinganya sama sepertimana di dalam sijil bagi setiap ekor Pejantan, sebagai pengesahan bahawa lembu Pejantan tersebut adalah baka tulen.
• BETINA
Perkara asas semasa pemilihan lembu induk betina contohnya bagi lembu betina Kacukan Brahman adalah;
i. Berumur 18 bulan ke atas dan tidak melebihi 36 bulan;
ii. Berat tidak kurang dari 250 kg;
iii. Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
v. Mempunyai tetek (ambing susu) yang baik dengan empat puting susu yang sempurna kedudukannya dan boleh berfungsi dengan baik;
vi. Warna bulu putih kelabu atau merah keperangan;
vii. Berat dalam lingkungan 250 kg pada umur 24 bulan.
