Friday, March 23, 2012

veterinar-Ruminan Besar (Lembu Pedaging)





Lembu pedaging iaitu salah satu jenis haiwan Ruminan mempunyai sistem penceranaan yang terdiri daripada Mulut, Esofagus, Usus kecil, Usus besar, Sekum, Rektum dan perut yang mempunyai empat bahagian iaitu Rumen, Retikulum, Omasum dan Obomasum (berfungsi seperti perut biasa yang terdapat pada ternakan bukan ruminan "monogestrik".
Bagi ternakan lembu perutnya mempunyai isipadu antara 120 - 170 liter yang mana memenuhi 3/4 daripada bahagian abdomen dan rumen merupakan bahagian yang terbesar sekali meliputi 80%, retikulum 5%, omasum 6-8% dan abomasum 7- 8%.






KEDUDUKAN SISTEM PENGHAZAMAN HAIWAN RUMINAN
Apabila makanan berada didalam rumen dan retikulum, ia akan diceranakan oleh mikrooganisma, berjuta-juta bakteria dan protozoa jenis anaerobik akan menyerang selulosa dalam makanan bagi mendapatkan nutrien yang seterusnya digunakan untuk keperluan mikroogranisma itu sendiri . Bakteria mengeluarkan enzim selulase bagi mencerana selulosa dan menghasilkan monosakarida. Suhu dan pH dalam rumen sesuai untuk menjalankan fermentasi. Bahan makanan berada didalam rumen selama lebeh kurang 60 jam. Hasil daripada proses ini daripada proses fermentasi ini meruapkan asid-asid lemak, contohnya seperti asid asetik, propionik dan asid butirik. Asid-asid ini diserap kedalam sistem darah melalui dinding rumen dan dibawa kehati. Fementasi juga menghasilkan gas, keerobik akan menyerang selulosa dalam makanan bagi mendapatkan nutrien yang seterusnya digunakan untuk
keperluan mikroogranisma itu sendiri . Bakteria mengeluarkan enzim selulase bagi mencerana selulosa dan menghasil
kan monosakarida. Suhu dan pH dalam rumen sesuai untuk menjalankan
banyakanya karbon dioksida ( CO2 ) dan metana dikeluarkan melaluai proses sendawa.

Setelah beberapa lama berada didalam retikulum dan apabila campuran makanan tadi menjadi bendalir, retikulum akan mengecut dan ini akan menggerakan campuran makanan tersebut (berserta dengan bekteria) ke bahagian omasum iaitu bahagian ketiga perut. Omasum juga dipangil perut kitab, mengandungai
lebeh kurang 100 lipatan yang permukaanya mengandungi unjuran papila. Bahan bendalir terus memasuki abomasum. Bahan makanan yang kasar akan tersangut pada lipatan diantara papila dan disini berlaku lagi proses penceranaan. Akhir sekali semua makanan (termasuk bakteria) akan sampai ke abomasum. Di abomasum penceranaan dijalankan oleh enzim yang dikeluarkan oleh haiwan sendiri.

Kesimpulananya pada haiwan ruminan terdapat dua jenis pencera
naan, iaitu pertama penceranaan olah mikroorganisma yang berlaku did
alam rumen dan retikulum, dan kedua pula penceranaan oleh enzim yang berlaku didalam abomasum dan usus kecil.


PEMILIHAN BAKA


Terdapat beberapa baka lembu yang berpotensi untuk diternak bagi tujuan pengeluaran daging. Baka-baka tersebut ialah lembu Kacukan Brahman, Droughtmaster, Kacukan Kedah Kelantan (KK), ‘Yellow Cattle’ dan Bali.

Aktiviti utama memilih baka lembu untuk diternak adalah merupakan aktiviti penting bagi penternakan kerana hanya baka yang berkualiti akan menghasilkan anak lembu yang bermutu. Bahagian ini memberi panduan bagaimana untuk memilih baka jantan dan betina yang baik khususnya dari segi fizikal dan kesihatan. Pemilihan dibuat apabila terdapat urusan perolehan baka lembu.

PEROLEHAN LEMBU
Baka lembu jantan dan betina yang ditetapkan boleh diperolehi darip
ada pembekal melalui belian terus, sebutharga atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

KRITERIA PEMILIHAN FIZIKAL
• PEJANTAN

Perkara asas semasa pemilihan lembu pejantan contohnya Baka Brahman Tulen adalah:
i. Berumur purata 36 bulan;
ii. Berat badan tidak kurang purata 350 kilogram;
iii. Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
iv. Mempunyai organ pembiakan dan berfungsi dengan baik untuk pembiakan;
v. Berbagai warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada yang hitam. Bagaimanapun kebanyakan lembu berwarna kelabu cerah atau sederhana kelabu. Lembu jantan selalunya gelap dari lembu betina biasanya mempunyai tompok hitam di atas bahu atau bawah kaki;
vi. Mempunyai bonggol yang besar di bahagian atas bahu dan tengkuk; “processes” bergulung yang terletak di bawah bonggol dan memanjang & mempunyai tisu yang tegap yang menutupinya;
vii. Biasanya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang ke belakang, mem

punyai telinga yang besar dan berjuntai, bahagian tengkuk mempunyai kulit yang menggelambir, mengeluarkan minyak yang berbau busuk dan boleh membantu menghalau serangga;
viii. Bahagian bahunya tegap menampakkan wujudnya otot yang kuat, dengan bahagian dadanya yang melebar;
ix. Mempunyai dua buah zakar dengan saiz yang sederhana, terletak dengan baik di dalam satu kandul. Kedudukan testis dan organ pembiakan dalam 45°;
x. Disertakan Sijil Pedigree dengan nombor tag dan tatoo di telinganya sama sepertimana di dalam sijil bagi setiap ekor Pejantan, sebagai pengesahan bahawa lembu Pejantan tersebut adalah baka tulen.

• BETINA

Perkara asas semasa pemilihan lembu induk betina contohnya bagi lembu betina Kacukan Brahman adalah;
i. Berumur 18 bulan ke atas dan tidak melebihi 36 bulan;
ii. Berat tidak kurang dari 250 kg;
iii. Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
iv. Mempunyai organ pembiakan yang baik dan boleh berfungsi dengan baik untuk pembiakan;
v. Mempunyai tetek (ambing susu) yang baik dengan empat puting susu yang sempurna kedudukannya dan boleh berfungsi dengan baik;
vi. Warna bulu putih kelabu atau merah keperangan;
vii. Berat dalam lingkungan 250 kg pada umur 24 bulan.

TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS

DEFINISI
Teknik atau kaedah memasuk atau menyuntik air mani (semen) yang telah diproses ke dalam salur pembiakan betina (uterus) menggunakan peralatan yang spesifik (pistolet).

OBJEKTIF

1. Meninggikan mutu ternakan, menambah pendapatan.
2. Memaksimumkan penghasilan susu & daging.
3. Menjamin peningkatan 1% nilai genetik tahunan untuk penghasilan susu & daging.


KEBAIKAN TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS (AI)

i. Penggunaan sire bermutu dapat ditingkatkan. (20 000 anak dapat diperolehi drp satu sire)
ii. Semen pelbagai baka terpilih boleh diperolehi dari seluruh dunia.
iii. Anak kacukan bermutu dapat diperolehi pada kos minimum.
iv. Ciri-ciri bermutu baka berbeza dapat digabung untuk menghasilkan baka sesuai dengan keadaan & keperluan.
v. Kualiti & prestasi ternakan dapat dikawal, ternakan tidak produktif disingkirkan.
vi. Memudahkan pengendalian rekod.
vii. Memudah pencegahan & kawalan penyakit kelamin.

KEBURUKAN TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS (AI)

i. Mengesan berahi - memerlukan tumpuan masa & tenaga kerja.
ii. Kadar kebuntingan lebih rendah daripada kahwin tabie.
iii. Nilai lembu jamtan dipasaran meurun.


PERALATAN TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS (AI)
i. Tangki Cecair Nitrogen
-Mother tank
-field tank
ii. Water bath
-utk memanas air ke suhu 35°C.
iii. A.I. Kit
- Pistolet dgn pembalut (sheath),
- Straw tweezer
- Sarung tangan (arm lemgth gloves)
- Pelincir (lubricant glove)
- tisu,
- gunting,
- forsep
iv. Flask (dilengkapi dgn termometer).
v. Rekod-rekod pembiakan.


No comments:

Post a Comment