Friday, March 23, 2012

veterinar-Ruminan Besar (Lembu Pedaging)





Lembu pedaging iaitu salah satu jenis haiwan Ruminan mempunyai sistem penceranaan yang terdiri daripada Mulut, Esofagus, Usus kecil, Usus besar, Sekum, Rektum dan perut yang mempunyai empat bahagian iaitu Rumen, Retikulum, Omasum dan Obomasum (berfungsi seperti perut biasa yang terdapat pada ternakan bukan ruminan "monogestrik".
Bagi ternakan lembu perutnya mempunyai isipadu antara 120 - 170 liter yang mana memenuhi 3/4 daripada bahagian abdomen dan rumen merupakan bahagian yang terbesar sekali meliputi 80%, retikulum 5%, omasum 6-8% dan abomasum 7- 8%.






KEDUDUKAN SISTEM PENGHAZAMAN HAIWAN RUMINAN
Apabila makanan berada didalam rumen dan retikulum, ia akan diceranakan oleh mikrooganisma, berjuta-juta bakteria dan protozoa jenis anaerobik akan menyerang selulosa dalam makanan bagi mendapatkan nutrien yang seterusnya digunakan untuk keperluan mikroogranisma itu sendiri . Bakteria mengeluarkan enzim selulase bagi mencerana selulosa dan menghasilkan monosakarida. Suhu dan pH dalam rumen sesuai untuk menjalankan fermentasi. Bahan makanan berada didalam rumen selama lebeh kurang 60 jam. Hasil daripada proses ini daripada proses fermentasi ini meruapkan asid-asid lemak, contohnya seperti asid asetik, propionik dan asid butirik. Asid-asid ini diserap kedalam sistem darah melalui dinding rumen dan dibawa kehati. Fementasi juga menghasilkan gas, keerobik akan menyerang selulosa dalam makanan bagi mendapatkan nutrien yang seterusnya digunakan untuk
keperluan mikroogranisma itu sendiri . Bakteria mengeluarkan enzim selulase bagi mencerana selulosa dan menghasil
kan monosakarida. Suhu dan pH dalam rumen sesuai untuk menjalankan
banyakanya karbon dioksida ( CO2 ) dan metana dikeluarkan melaluai proses sendawa.

Setelah beberapa lama berada didalam retikulum dan apabila campuran makanan tadi menjadi bendalir, retikulum akan mengecut dan ini akan menggerakan campuran makanan tersebut (berserta dengan bekteria) ke bahagian omasum iaitu bahagian ketiga perut. Omasum juga dipangil perut kitab, mengandungai
lebeh kurang 100 lipatan yang permukaanya mengandungi unjuran papila. Bahan bendalir terus memasuki abomasum. Bahan makanan yang kasar akan tersangut pada lipatan diantara papila dan disini berlaku lagi proses penceranaan. Akhir sekali semua makanan (termasuk bakteria) akan sampai ke abomasum. Di abomasum penceranaan dijalankan oleh enzim yang dikeluarkan oleh haiwan sendiri.

Kesimpulananya pada haiwan ruminan terdapat dua jenis pencera
naan, iaitu pertama penceranaan olah mikroorganisma yang berlaku did
alam rumen dan retikulum, dan kedua pula penceranaan oleh enzim yang berlaku didalam abomasum dan usus kecil.


PEMILIHAN BAKA


Terdapat beberapa baka lembu yang berpotensi untuk diternak bagi tujuan pengeluaran daging. Baka-baka tersebut ialah lembu Kacukan Brahman, Droughtmaster, Kacukan Kedah Kelantan (KK), ‘Yellow Cattle’ dan Bali.

Aktiviti utama memilih baka lembu untuk diternak adalah merupakan aktiviti penting bagi penternakan kerana hanya baka yang berkualiti akan menghasilkan anak lembu yang bermutu. Bahagian ini memberi panduan bagaimana untuk memilih baka jantan dan betina yang baik khususnya dari segi fizikal dan kesihatan. Pemilihan dibuat apabila terdapat urusan perolehan baka lembu.

PEROLEHAN LEMBU
Baka lembu jantan dan betina yang ditetapkan boleh diperolehi darip
ada pembekal melalui belian terus, sebutharga atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

KRITERIA PEMILIHAN FIZIKAL
• PEJANTAN

Perkara asas semasa pemilihan lembu pejantan contohnya Baka Brahman Tulen adalah:
i. Berumur purata 36 bulan;
ii. Berat badan tidak kurang purata 350 kilogram;
iii. Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
iv. Mempunyai organ pembiakan dan berfungsi dengan baik untuk pembiakan;
v. Berbagai warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada yang hitam. Bagaimanapun kebanyakan lembu berwarna kelabu cerah atau sederhana kelabu. Lembu jantan selalunya gelap dari lembu betina biasanya mempunyai tompok hitam di atas bahu atau bawah kaki;
vi. Mempunyai bonggol yang besar di bahagian atas bahu dan tengkuk; “processes” bergulung yang terletak di bawah bonggol dan memanjang & mempunyai tisu yang tegap yang menutupinya;
vii. Biasanya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang ke belakang, mem

punyai telinga yang besar dan berjuntai, bahagian tengkuk mempunyai kulit yang menggelambir, mengeluarkan minyak yang berbau busuk dan boleh membantu menghalau serangga;
viii. Bahagian bahunya tegap menampakkan wujudnya otot yang kuat, dengan bahagian dadanya yang melebar;
ix. Mempunyai dua buah zakar dengan saiz yang sederhana, terletak dengan baik di dalam satu kandul. Kedudukan testis dan organ pembiakan dalam 45°;
x. Disertakan Sijil Pedigree dengan nombor tag dan tatoo di telinganya sama sepertimana di dalam sijil bagi setiap ekor Pejantan, sebagai pengesahan bahawa lembu Pejantan tersebut adalah baka tulen.

• BETINA

Perkara asas semasa pemilihan lembu induk betina contohnya bagi lembu betina Kacukan Brahman adalah;
i. Berumur 18 bulan ke atas dan tidak melebihi 36 bulan;
ii. Berat tidak kurang dari 250 kg;
iii. Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
iv. Mempunyai organ pembiakan yang baik dan boleh berfungsi dengan baik untuk pembiakan;
v. Mempunyai tetek (ambing susu) yang baik dengan empat puting susu yang sempurna kedudukannya dan boleh berfungsi dengan baik;
vi. Warna bulu putih kelabu atau merah keperangan;
vii. Berat dalam lingkungan 250 kg pada umur 24 bulan.

TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS

DEFINISI
Teknik atau kaedah memasuk atau menyuntik air mani (semen) yang telah diproses ke dalam salur pembiakan betina (uterus) menggunakan peralatan yang spesifik (pistolet).

OBJEKTIF

1. Meninggikan mutu ternakan, menambah pendapatan.
2. Memaksimumkan penghasilan susu & daging.
3. Menjamin peningkatan 1% nilai genetik tahunan untuk penghasilan susu & daging.


KEBAIKAN TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS (AI)

i. Penggunaan sire bermutu dapat ditingkatkan. (20 000 anak dapat diperolehi drp satu sire)
ii. Semen pelbagai baka terpilih boleh diperolehi dari seluruh dunia.
iii. Anak kacukan bermutu dapat diperolehi pada kos minimum.
iv. Ciri-ciri bermutu baka berbeza dapat digabung untuk menghasilkan baka sesuai dengan keadaan & keperluan.
v. Kualiti & prestasi ternakan dapat dikawal, ternakan tidak produktif disingkirkan.
vi. Memudahkan pengendalian rekod.
vii. Memudah pencegahan & kawalan penyakit kelamin.

KEBURUKAN TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS (AI)

i. Mengesan berahi - memerlukan tumpuan masa & tenaga kerja.
ii. Kadar kebuntingan lebih rendah daripada kahwin tabie.
iii. Nilai lembu jamtan dipasaran meurun.


PERALATAN TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS (AI)
i. Tangki Cecair Nitrogen
-Mother tank
-field tank
ii. Water bath
-utk memanas air ke suhu 35°C.
iii. A.I. Kit
- Pistolet dgn pembalut (sheath),
- Straw tweezer
- Sarung tangan (arm lemgth gloves)
- Pelincir (lubricant glove)
- tisu,
- gunting,
- forsep
iv. Flask (dilengkapi dgn termometer).
v. Rekod-rekod pembiakan.


Monday, February 14, 2011

For the Rest of My Life Lyrics

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally

Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

The Chosen One Lyrics

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you

On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Album: Thank You Allah (Maher Zain 2010)

Tuesday, August 17, 2010

Juadah Tradisi @ Ramadhan - Bubur Lambuk




BUBUR LAMBUK (AYAM)

Bahan-Bahan:

  • 100 gm beras
  • Sehelai daun pandan
  • 2 batang serai
  • 4 sm halia
  • 4 sm kulit kayu manis
  • 300 gm ayam (diricik halus)
  • 2 helai daun bawang
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 200 gm minyak sapi
  • 1 ½ liter air

  • 2 gm buah pelaga

  • 5 gm bawang goring
  • 2 cawan santan
  • daun ketumbar (hiasan)


  • Bahan dihiris:

4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih


Cara:

1. Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.

2. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi.

3. Masukkan air dan beras.

4. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.

5. Hidangkan bersama daun ketumbar, bawang goreng dan hirisan daun bawang.


Wednesday, August 11, 2010

Tragis btul 1st day puasaku...

Salam..w.b.t

hyep...

pngalamnku @1st day pose...hu3...xsempat nk sahur..huk3..dah le smlm xmkn pape.(lupa nk jenguk kat cafe..asyk sgt nga men game,ambk ko..hu3)..nsb bek ciap2 niat da smlm, mcm ne blh xbgun,smlm kasi khatam sbijik nvel..aha..tgis btul)..nsb bek arini cuti,awl ramdhan..klu x..aisyemannn..kantoi nk ke class...bgun2 td nk shur..btul kol6..cmne ni..nsb laaa,alang2 da sbuh trus solat..usai je,..apa lgi,smbung blik r tdooo..he3..(tmbh2 lak, roomate blik kg--glap la blik ku)..mis u rommate(klu die ada, dh bsing da mbuta smpai ko12thghari..fuh,hbis r phala pose ku..)hu3..tragis btull...pngajaran:weekend@holiday pasni..mlm2 tu klu dh nk stay up,sahur la awl b4 tdo n jgn lah smbung blik tdo tu..hncur la jdi nyer..he2..(tp klu tdo tu my hobby cmner erk???)..kcian kat roti n cereal ku,ciap ltak ats meja ag tuk sahur..rupa2nye..sepi tnpa tn nyer..uhuk3

Tuesday, August 10, 2010

7 Amalan @ Ramadhan

Salam..w.b.t

hyep...

Mensyukuri nikmat Illahi kita diberi peluang utk bersua dengan bulan penuh dengan keberkatan dan ujian..insyaAllah kita sabar untuk menghdapi ujian-ujian, dugaan-dugaan, halangan-halangan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini..semoga kita dapat memanfaatkan amalan2 yang memeriahkan lagi bulan penuh dengan kenikmatan ini.. Antara amalan itu: -

1. Membaca Al-Quran.
Bulan Ramadhan adalah bulan Alquran sesuai dengan sunnah Nabi Saw. Ibnu Abbas RA berkata :”Nabi (Muhammad Saw) adalah orang yang paling dermawan diantara manusia. Kedermawanannya meningkat saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadhan, lalu Nabi membacakan Alquran dihadapan Jibril. Pada saat itu kedermawanan Nabi melebihi angin yang berhembus.”

Hadist tersebut menganjurkan kepada setiap muslim agar bertadarus Alquran, dan mengadakan ijtima’/berkumpul dalam majlis Alquran dalam bulan Ramadhan.


2. Menahan hawa nafsu dan kesenangan duniawi.

Iaitu dengan mengurangi makan ketika berbuka serta tidak berlebih-lebihan. Dalam sebuah hadist dikatakan “Tidak ada perkara yang lebih buruk dari pada memenuhi isi perut dengan makanan secara berlebihan”, Ruh puasa terletak pada memperlemah syahwat, mengurangi keinginan dan mengekang nafsu.

Dari Sahal bin Sa’ad ra Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya di syurga ada salah satu pintu yang dinamakan Rayyan; masuk dari pintu tersebut ahli puasa di hari kiamat, tidak ada yang masuk dari pintu itu selain ahli puasa, lalu diserukan “Manakah para ahli puasa?’, maka berdirilah para ahli puasa dan tak ada seorangpun yang masuk dari pintu itu kecuali mereka yang tergolong para ahli puasa, dan apabila mereka sudah masuk, maka pintu syurga tersebut segera tertutup, dan tak ada satupun yang diperbolehkan masuk setelah mereka .” (Bukhari Muslim).

3. Qiyamullail (Tahajjud).
Solat Tarawih hukumnya sunat menurut kesepakatan para ulama juga disunatkan untuk mengkhatamkan Alquran selama solat Tarawih. Hadits-hadits yang menerangkan tentang Qiyamullail adalah : Sabda Rasulullah Saw : “Barang siapa menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redha Allah S.w.t semata, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang lampau.

4. Berlumba-lumba dalam bersedekah.
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah yang berbunyi : “Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun.” (Bukhari Muslim)

5. I’tikaf di Sepuluh hari Terakhir Bulan Ramadhan.
I’tikaf di sepuluh terakhir bulan Ramadhan merupakan penyempurna ibadah puasa. Ini karena I’tikaf artinya mengkonsentrasikan diri menghadap Allah, mendekatkan diri kepada-Nya dan menyibukkan diri dengan beribadah kepada-Nya. Hingga kecintaannya semata hanya kepada Allah, mengalahkan kecintaannya kepada selain Allah. Inilah tujuan I’tikaf di hari-hari terakhir bulan Ramadhan, hari yang paling utama selama bulan tersebut. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan merupakan keutamaan yang dipilih oleh Allah Swt.

6. Menjauhi Larangan Agama.
Hal yang perlu diperhatikan oleh seorang mukmin adalah menjaga lisan dari mengguncing dalam keadaan berpuasa sebagaimana :”Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tiada artinya di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum” (HR: Bukhari)

Fadilat solat tarawih – satu penjelasan

Salam..w.b.t

hyep...

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.


Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

“Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh”


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:



Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)”


Dengarkan Artikel Ini
Kesimpulannya: -Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. Demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.